Friday, January 2, 2015

ASSALAMUALAIKUM....

HAPPY NEW YEAR...

Sedar tak sedar..diam tak diam..10 tahun da berlalu...Rasa macam baru semalam minggu orientasi habis...terngiang-ngiang lagi kat telinga ni lagu "SEMASHUR IS OUR LIFE"... well tempat jatuh lagi dikenang...takde 1 benda pun tentang SEMASHUR yg bole dilupakan..semuanye bermakna sangat2..even yang pahit2 sekalipun...sbb bila ingat balik semuanya buat kita tersenyum..

Tahun ni bertambah lagi usia kita...apa kabar IMAN di hati sahabat2 tersayang??? semoga bertambah usia, bertambah jua amalan yang baik....rasa macam tak percaya... pantasnya masa berlalu...dulu aku hanya seorang gadis biasa yang mengejar cita-cita biasa namun dipertemukan dengan sahabat2 yang luar biasa ..hari ini aku da jadi seorang Ibu..seorang Isteri ..that old girl da takde..setiap hari aku belajar untuk menjadi yang terbaik as a full time mother n housewife, part time student and worker..but then sebenarnya ilmu dan pengalaman yang aku kutip spanjang berada di SEMASHUR banyak membantu aku....

Whenever ad masa yang terluang ...aku suka belek2 profile korang2 sume..nak tengok update kawan2..cuma nak tegur kadang2 segan..kadang2 takut mengganggu..kadang2 tak tau nk tanya ape..but then aku selalu mengharapkan yang terbaik untuk korang2 semua...

hmm macam banyak sebenarnya nak cerita kat korang..macam banyak nak cakap..banyak benda nak tanya...tapi tak tau nak mulakan macam mana..korang da makan??? makan pe hari ni?? study ok tak???
lecturer korang boring tak macam lecturer economy aku??? korang bila nak kawen??? da beli kereta sendiri ke??? bila balik malaysia?? bila korang nk abis?? da dpt kerja ke??? interview susah tak???? and macam2 soalan lain yg aku nk tnya...teringin sangt2 nk jmpa korang..tp banyak sngt bnda2 yang membtaskan...jarak....masa...komitmen..but never ever aku lupakan korang...maybe tak ramai yg knal aku scra dekat..but then i just want to tell you guys, seeing all of your faces everyday during our time in SEMASHUR is enough to make me missing u guys so much...

Tak tahu bila kesempatan utk jumpa korang2 ni akan tibe.but then aku selalu harap aku bole tanya soalan2 ni kt korang 1 hr nnt...memndangkan aku tk dpt nk jumpa korang, so aku nak update pasal diri aku sndiri kt sini....banyak nk cerita kat korang..harapnya bila korang da baca..lepas ni korang pun bole update cerita2 korang so that takde la aku tertnya-tnya.hehehehe..

Anak aku sekarang da besar ...nak masuk 8 bulan 10 Jan ni...da tumbuh gigi 2 batang..lasak sngt..suka panjat2..da pandai berdiri..macam tak percaya je aku da ad anak...aku study lagi..PJJ weekend..admin science..dulu aku kerja tp lepas ad baby tak sampai ht nk tnggl dia lama2..so tinggl weekend je kt babysitter dia..sbb aku slalu rasa tak adil klu aku kerja sbb dulu arwah ibu aku pun full time housewife....at least biar la smpai dia masuk tadika...she such an adorable kid..tp aku selalu takut nk besarkan dia...serius korang..jd parent ni tk mudah...aku takut dengn masa depan dia..slalu pk macam2..macam mana hr pertma dia kt skola nnt?? umur brapa aku nk ajr dia pkai tablet?? klu tk bg pakai nnt dia ketinggalan zaman.tp mcm mana klu kecik2 dia da terdedah dngn pengaruh mcam2 kt internet ni?? mcm mne aku nk larang dia mkn junk food..mcm mne nk bg die suka mkn syur..mcm mna nak pupuk mint mmbaca dlm diri dia..mcm mne nk ajr dia menabung..dulu aku ingt snang je sume tu..tp bila Aisyah Humaira da lahir aku mula blaja yg tanggungjwb jd parent ni susah sbnrnya..so smentara kita ad parents hargailah mereka...nak melahirkan je da sakit..tp nk membesarkan cabarn nye lagi besar.Subhanallah..

So untuk yang bakal2 jd doktor..treat la ibu2 mengandung dengn baik, lemah lembut, terutamya masa kt labour room... aku untung sngt sbb mak mertua aku yg sambut my baby so aku demand lebih masa dalam labour room...yg bakal jd suami stu hr nnt, jgn lupa teman isteri...ok melalut pulak..

Apa pun yg bakal korang jadi, buatlah yg terbaik ye...hehehe..aku tk sbr nk pergi reunion jumpa korang sambil bawak anak2 n keluarga...ok melalut lagi..

Tak tau kenapa bila da jadi mak ni..aku suka sngt cerita pasal motherhood....so harap2 korng pham la...pape pun as in advanced aku nk ucapkan selamat ulang tahun batch kita yg ke 10..5 JANUARI 2015..aku rindu korang sangat2...tu je la kot..hope sangat2 korang bole luangkan masa dalam 5 minit kt blog kita yg da bersawang ni utk citer pasl korang punya update...good luck and all the best to you guys...


I LOVE ML0509

p/s : anak aku suka dengr background music blog ni..tengah2 main ngan anak doraemon dia pun bole berhenti...



Thursday, July 4, 2013

Friends Forever

Assalamualaikum, in the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful,
All praise to Him, the Supreme Ruler of the world, and Salawah upon the Last Prophet Muhammad PBUH.


"When you didn't see each other for a very long time, you tend to appreciate it. The longer it goes, the higher the value."





"It is said that time is a remedy, for wound to heal, for anger to cease, for love to blossom."




"Memories may be built with a simple knot, but what strengthen it is a strong tied of friendship."




[49:10]




Illaliqa'. Wassalam.

I keep posting because not that I'm free, but I want to keep this blog and our friendship moving. We both know we don't want it to end.

Saturday, May 5, 2012

Kenangan 5 Tahun Bersamamu Legacy

Assalamualaikum, dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Aku masih ingat, kereta aku naiki meluncur laju, melepasi pondok guard, melepasi pintu gerbang "Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor"
jantungku berdegup kencang, tika aku melangkah masuk ke dewan titiwangsa buat pertama kalinya,
Memakai baju putih, berseluar hijau tua, membawa beg sekolah, memegang fail2 surat tawaran,
mataku tepat menghala ke arah kaunter, ingin mendaftar setelah tekad membuat keputusan,


Aku melihat bakal rakan2ku, ada yg menangis, ade yang gembira, penuh dengan berbagai2 mimik masing2,
aku genggam erat tangan ibu bapaku, ku kucup pipi mereka, terdengar kalimah2 mereka "belajar rajin2 tau",
Setelah mereka pergi, mengalir laju air mata ini, laju juga tangan yg mengesat, takot2 ada kawan2 yang nampak...
aku mula buat kenalan, dengan hati yg berat, mahu sahaja lari lompat pagar, tapi amanah ibu bapa mesti ku tunaikan,
kerana ku tahu, amanah itu lebih berat daripada alam ini dan seluruh isinya...



Masih segar dalam ingatanku, tika kami memilih ketua batch kami, seperti pilihan raya, wakil dari setiap homeroom kami pilih,
10 orang kami wakilkan, 2 orang kami lantik sebagai ketua, 1 lelaki dan 1 perempuan,
dengan itu, bermulalah era dimana kami mengenali antara satu sama lain,
rajanya adalah pokok, rakyatnya adalah akar, saling sokong antara satu sama lain,
kerana kami tahu,  pemimpin yang adil itu mendapat lindungan Allah...



Tidak dilupakan, padang warisan kami, tepi surau, main sampai form 4 kot,
padang yang kecik, tapi main dekat 50 orang, kadang2 tak dapat bola kejar, bila dapat kami sepak,
cuba jaring gol, nak kepuasan la katakan, kadang2 kalah kadang2 menang, pastu masuk dewan makan, borak pasal riadah tadi,
kami tak kisah sape menang sape kalah, sebab kalah menang tu adat permainan,
teringat jugak kat masjid, tempat kami selalu lepak, tempat kami selalu tido, tempat kami pau kawan2 dengan yong tau fu, perghhh, sedap owh, naik bas setiap jumaat, senior2 bleh duduk, junior2 sila berdiri,
tak sabar nk turun, nak bli makanan, ade ape lagi jajan,
ade sekali pres belanja ais krim bagi semua orang, tak tau hantu mana dah rasuk die, ape demam kali ni,
tapi alhamdulillah, rezeki jangan ditolak kan?
apa yang penting, kerjasama... 



Aku masih ingat, usrah tingkatan 2 kami, dibuat secara besar-besaran,
mengikut kelas, kami bersaing, disamping memupuk semangat Islami dalam diri, juga menimba ilmu2 Islam,
pelbagai suka duka kami harungi, nasyid, kuiz, hafazan, tilawah, dan sebagainya,
tingkatan satu tingkatan dua, walau berbeza umur, berbeda seniority, kami disatukan di bawah nama Islam,
tiap saat kami hargai, kerana kami tahu, mujahadah itu pahit, syurga itu manis...



Segar lagi di ingatanku, tika tingkatan 3, kelas kami panjang sampai ke belakang,
buku bersepah2 di atas meja dan lantai, sangat2 serabut, buka kelas lagi, budak laki usha budak perempuan, budak perempuan usha budak laki,
cikgu2 sangat komited, bawak speaker besar dengan mic, turun dari bilik guru, nak ajar kami,
kadang2 kami tension, banyak sangat homework, banyak sangat exercise,
tak terlarat buat, tapi kami gagahkan juga, sebab kejayaan yang kami impikan,
dan juga kami tahu, belajar itu juga satu bentuk jihad...

 

 
Aku tak dapat lupakan, waktu orang kate honeymoon year, aku masuk kawad,
ramai kawan2 masuk kawad, nak menang negeri katanya, impian tinggi melangit,
7 bulan kami berlatih, siang malam kami turun, hujan panas kami redah,
ada antara kami pengsan, kami papah, ade antara kami demam, kami tolong,
push up 150 kali sehari, alah ape kehal bro? tengok la muscle2 ni, takdehal lah,
perlawanan peringkat negeri kami masuk, kekalahan kami akur, menangis, usaha 7 bulan tiada hasil,
tapi kami tahu, perancangan Allah itu lebih teratur, sebab Dialah yang Maha Perancang... 



Selalunye kami suka gurau2, kutuk2 sesama sendiri, buli2 manja, boleh buat zoo tak silap, complete set,
kadang2 ade yang makan dalam, tapi kami saling memaafi, sebab Rasulullah kan suka pd orang yang memaafkan bila mempunyai kekuatan,
dengan itu, ikatan kami bertambah erat, ukhuwah antara form yg kami bina bagaikan kubu tidak ditembus,
kerana kami tahu, "seorang mukmin terhadap mukmin (lain), bagaikan satu bangunan, saling menguatkan antara satu sama lain" (Bukhari dan Muslim)






Bila da jadi senior, adik2 panggil kami abang kakak, rasa heaven la bagi mereka yang anak tunggal tu,
potong di dewan makan tu perkara azali, kami duduk satu baris, dari form 1 sampai form 5,
suruh adik2 gosok baju seluar steamkn katil, mcm norma kehidupan dah, nak study punya alasan,
turun subuh? makin lama makin liat, tapi kami turun juga, sebab warden cek nama ikut dorm,
lepak kat surau sampai lewat malam, kena hambat dengan warden, br terhegeh2 nak lari,
sebab surau tu selalu sunyi, kami yakin boleh guna untuk study, dapat tahajjud malam2, dapat barakah Ilahi...  



Masih ingat lagi tak kita? bilik study kesayangan kita, siap boleh main bola lagi tu,
boleh buat guru muda, bio, chemistry, maths, sejarah, sume pun boleh,
pernah sekali buat video utk hari guru, sape lah yang berlakonnye kan? 
juga boleh buat tido, ramai2 tido bawah kipas, perghhhh masyuk2, dah la penat study,
bukan setakat study, siap ade peti ais lagi tu, betul2 multipurpose kan?
 itulah dia, apa yang Allah firman, "Nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" (ar-rahman) 


Waktu kat sekolah, ramai kawan2 berbakat, main basketball, main rugby,
selalunye dua ni yang top, dapat pergi kebangsaan sokmo,
aku ni bukanlah athletic sangat, tapi bangga ada kawan2 yg dapat harumkan nama sekolah, ke persada antarabangsa,
bukan tu je, ade lagi yg pandai2 akademik, wakil sekolah pergi olimpiad la, kuiz itu la, ini la, 
aku kagum sangat2 dengan kehebatan kawan2 aku ni, masing2 ade kelebihan tersendiri,
walaupon kekadang dorg tak ajk turun riadah, aku tak kesah, berlapang dada itu salah satu adab bersaudara,
serious, aku bangga ada kawan2 mcm anda2 semua ni, bukan senang nak dapat tau,
few in a million, nnti kita masuk syurga sama2 eh, friends forever until jannah, marilah jadi orang yang mengasihi antara satu sama lain kerana Allah...



Saya tak lupa, kisah2 hitam ketika waktu form 5, kami semua bukannya rajin2 pandai2 sumenye,
cikgu siap ade pandang slack lagi, kami kena marah, kami kena halau kelas, berjemur tengah padang lagi tu,
tapi ade juga cikgu yang terima kami seadanya, bagi kami tidur dalam kelas, bagi kami gula2 supaya tak ngantuk, buat study group utk kami lagi, mentor dengan 4 mentee, saya dapat 4 mentee perempuan, saya laki, fuiyoooo,
habis pmr, kami conquer dewan, belajar lah ramai2, dah la ade aircond, berlumba2 datang awal, amik port baik punya sebelah aircond, pergh, masyuk bhaiii,
kami approach cikgu kalau tak faham, cuba perah semua ilmu cikgu2 tu,
sebab kami tau, guru itu ibarat lilin yang menerangi jalan, juga 1000 buah buku...




time nak exam, kami mintak maaf ramai2 kat cikgu, banyak air mata yg bergelen2 mencurah2 ke ladang gandum,
kami tak kisah, kami tak malu, biar lepas sume ke tanah, asalkan kami dapat barakah Allah dan juga restu cikgu2,
kami masuk dewan dengan penuh berdebar2, ada yang demam, demam exam la katekan,
paper chemistry buat kemerdekaan bg mereka yang tak ambil tasawwur, jeles pun ade, tapi 2 hari je,
teringat lagi, kali2 terakhir aku memandang pintu gerbang semashur yg dibina, tak sangka, mengalir juga air mata dalam diam, kudoakan agar kawan2ku, sentiasa mekar walau di mana mereka berada,
kerana aku mahu imanku sempurna pabila aku menyayangi kalian spt menyayangi diri sendiri...


 

 ketua pengawas dan ketua batch kita... :)

O my humble friends, thank you for your guidance in these 5 years, our sweet bitter memories always embedded in my small heart. thanks for everything. May Allah bless each of your soul... :)

once a majestic always a majestic...  no matter how busy we are, don't forget those who has helped us across the path we have achieved up until now... :)

Wassalam, Illaliqa'...

Monday, January 30, 2012

As We Go On

We remember all the times we shared together :)

Assalamualaikum kepada warga2 ML 0509 semua. Aku cuma nak share satu video dengan korang. Takda lah special mana plus bukan semua ada pun. Tapi apa2 hal korang enjoy lah sedikit sebanyak video aku yang tak seberapa ni :")



Khas untuk kelas 5 Bakti 2009 and siapa2 yang ada dalam video ni!^^

Friday, January 27, 2012

How Friendship Break?

HOW FRIENDSHIP BREAK?



Both Friends Will Think The Other Is Busy

And Will Not Contact 

Thinking It May Be Disturbing...

As Time Passes

Both Will Think
Let The Other Contact

After That Each Will Think
Why I Should Contact First?




Here Your Love Will Be Converted To Hate

Finally Without Contact
The Memory Becomes Weak

They Forget Each Other


So Keep In Touch With All
And Pass This Message To All Your Friends

 
I Don't Want To Be One Of This Kind

So, Here I Am Sending Mail To Every One

To Say

 Buddy

I Am Fine

Please Keep In Touch





Have A Nice Day. :)

Monday, January 16, 2012

Journey to Muktamar 2011 at Las Vegas.



He lives abroad, He experienced it, He embedded it to his video, 
For us to see, For us to share.

Thank you,
Syed Nizar Syed Tarmizi Jamalulil.

Sunday, November 27, 2011

Hijrah, A New Beginning

Maal Hijrah 1433
Persefahaman Asas Perpaduan Ummah 
Sudah lebih 14 abad penghijrahan baginda saw yang menandakan titik permulaan dalam pembentukan negara Islam Madinah.Semenjak itu, kerajaan Islam berkembang pesat dan akhirnya berjaya menguasai seluruh jazirah Arab.

“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.” – (Hadis Riwayat Bukhari)  


Maka seharusnya saban hari kita sentiasa berusaha berubah ke arah yang lebih baik sehingga memiliki akhlak yang agung seperti baginda saw. Semoga penghijrahan kali ini lebih bermakna untuk kita.

“Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka diberinya pengertian ad-din” – (Hadis riwayat Bukhari).


Semoga dikekalkan dalam keimanan.