Sunday, November 27, 2011

Hijrah, A New Beginning

Maal Hijrah 1433
Persefahaman Asas Perpaduan Ummah 
Sudah lebih 14 abad penghijrahan baginda saw yang menandakan titik permulaan dalam pembentukan negara Islam Madinah.Semenjak itu, kerajaan Islam berkembang pesat dan akhirnya berjaya menguasai seluruh jazirah Arab.

“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.” – (Hadis Riwayat Bukhari)  


Maka seharusnya saban hari kita sentiasa berusaha berubah ke arah yang lebih baik sehingga memiliki akhlak yang agung seperti baginda saw. Semoga penghijrahan kali ini lebih bermakna untuk kita.

“Barang siapa yang dikehendaki baik oleh Allah, maka diberinya pengertian ad-din” – (Hadis riwayat Bukhari).


Semoga dikekalkan dalam keimanan. 

Monday, November 14, 2011

Berfikir Sejenak di Saat Runsing..


Kita semua pernah runsing, bimbang, stress, marah, dan bermacam-macam lagi …

Bermacam-macam yang berlegar-legar di ruang minda…

Sehingga kadang kala kita lupa, Allah sentiasa bersama kita….



KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan:

"Kami telah beriman",

Sedangkan mereka tidak diuji lagi?

& sesungguhnya Kami telah menguji orang² sebelum mereka,

Maka sesungguhnya Dia mengetahui orang² yang dusta.

[ Al-Quran, Surah Al-Ankabut, Ayat 2-3 ]


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM²KAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,

& boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,

ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

[ Al-Quran, Surah Al-Baqarah, Ayat 216 ]


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

[Al-Quran, Surah Al-Baqarah, Ayat 286 ]


RASA KECEWA?

Janganlah kamu bersikap lemah, & janganlah (pula) kamu bersedih hati,

Padahal kamulah orang² yang paling tinggi (darjatnya),

Jika kamu orang² yang beriman.

[ Al-Quran, Surah Al-Imran, Ayat 139 ]


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

Hai orang² yang beriman, bersabarlah kamu & kuatkanlah kesabaranmu

& tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu)

& bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu beruntung.

[ Al-Quran, Surah Al-Imran, Ayat 200 ]

& mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar & solat.

& sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali bagi orang² yang khusyuk.

[ Al-Quran, Surah Al-Baqarah, Ayat 45 ]


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang² mukmin,

Diri & harta mereka & memberikan Syurga untuk mereka.

[ Al-Quran, Surah At-Taubah, Ayat 111 ]

105


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada ALLAH selain Dia.

Hanya kepadaNya aku bertawakal.

[ Al-Quran, Surah At-Taubah, Ayat 129 ]


AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!

& janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH.

Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH,

Melainkan kaum yang kafir.

[ Al-Quran, Surah Yusuf, Ayat 87 ]



SUBHANALLAH =)