Assalamualaikum, dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang...
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Aku masih ingat, kereta aku naiki meluncur laju, melepasi pondok guard, melepasi pintu gerbang "Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor"
jantungku berdegup kencang, tika aku melangkah masuk ke dewan titiwangsa buat pertama kalinya,
Memakai baju putih, berseluar hijau tua, membawa beg sekolah, memegang fail2 surat tawaran,
mataku tepat menghala ke arah kaunter, ingin mendaftar setelah tekad membuat keputusan,
Aku melihat bakal rakan2ku, ada yg menangis, ade yang gembira, penuh dengan berbagai2 mimik masing2,
aku genggam erat tangan ibu bapaku, ku kucup pipi mereka, terdengar kalimah2 mereka "belajar rajin2 tau",
Setelah mereka pergi, mengalir laju air mata ini, laju juga tangan yg mengesat, takot2 ada kawan2 yang nampak...
aku mula buat kenalan, dengan hati yg berat, mahu sahaja lari lompat pagar, tapi amanah ibu bapa mesti ku tunaikan,kerana ku tahu, amanah itu lebih berat daripada alam ini dan seluruh isinya...
Masih segar dalam ingatanku, tika kami memilih ketua batch kami, seperti pilihan raya, wakil dari setiap homeroom kami pilih,
10 orang kami wakilkan, 2 orang kami lantik sebagai ketua, 1 lelaki dan 1 perempuan,
dengan itu, bermulalah era dimana kami mengenali antara satu sama lain,
rajanya adalah pokok, rakyatnya adalah akar, saling sokong antara satu sama lain,
kerana kami tahu, pemimpin yang adil itu mendapat lindungan Allah...
Tidak dilupakan, padang warisan kami, tepi surau, main sampai form 4 kot,
padang yang kecik, tapi main dekat 50 orang, kadang2 tak dapat bola kejar, bila dapat kami sepak,
cuba jaring gol, nak kepuasan la katakan, kadang2 kalah kadang2 menang, pastu masuk dewan makan, borak pasal riadah tadi,
kami tak kisah sape menang sape kalah, sebab kalah menang tu adat permainan,teringat jugak kat masjid, tempat kami selalu lepak, tempat kami selalu tido, tempat kami pau kawan2 dengan yong tau fu, perghhh, sedap owh, naik bas setiap jumaat, senior2 bleh duduk, junior2 sila berdiri,
tak sabar nk turun, nak bli makanan, ade ape lagi jajan,
ade sekali pres belanja ais krim bagi semua orang, tak tau hantu mana dah rasuk die, ape demam kali ni,
tapi alhamdulillah, rezeki jangan ditolak kan?
apa yang penting, kerjasama...
Aku masih ingat, usrah tingkatan 2 kami, dibuat secara besar-besaran,
mengikut kelas, kami bersaing, disamping memupuk semangat Islami dalam diri, juga menimba ilmu2 Islam,
pelbagai suka duka kami harungi, nasyid, kuiz, hafazan, tilawah, dan sebagainya,
tingkatan satu tingkatan dua, walau berbeza umur, berbeda seniority, kami disatukan di bawah nama Islam,
tiap saat kami hargai, kerana kami tahu, mujahadah itu pahit, syurga itu manis...
Segar lagi di ingatanku, tika tingkatan 3, kelas kami panjang sampai ke belakang,
buku bersepah2 di atas meja dan lantai, sangat2 serabut, buka kelas lagi, budak laki usha budak perempuan, budak perempuan usha budak laki,
cikgu2 sangat komited, bawak speaker besar dengan mic, turun dari bilik guru, nak ajar kami,
kadang2 kami tension, banyak sangat homework, banyak sangat exercise,
tak terlarat buat, tapi kami gagahkan juga, sebab kejayaan yang kami impikan,
dan juga kami tahu, belajar itu juga satu bentuk jihad...
Aku
tak dapat lupakan, waktu orang kate honeymoon year, aku masuk kawad,
ramai
kawan2 masuk kawad, nak menang negeri katanya, impian tinggi melangit,
7
bulan kami berlatih, siang malam kami turun, hujan panas kami redah,
ada
antara kami pengsan, kami papah, ade antara kami demam, kami tolong,
push
up 150 kali sehari, alah ape kehal bro? tengok la muscle2 ni, takdehal lah,
perlawanan
peringkat negeri kami masuk, kekalahan kami akur, menangis, usaha 7 bulan tiada
hasil,
tapi
kami tahu, perancangan Allah itu lebih teratur, sebab Dialah yang Maha
Perancang...
Selalunye kami suka gurau2, kutuk2 sesama sendiri, buli2 manja, boleh buat zoo tak silap, complete set,
kadang2 ade yang makan dalam, tapi kami saling memaafi, sebab Rasulullah kan suka pd orang yang memaafkan bila mempunyai kekuatan,
dengan itu, ikatan kami bertambah erat, ukhuwah antara form yg kami bina bagaikan kubu tidak ditembus,
kerana kami tahu, "seorang mukmin terhadap mukmin (lain), bagaikan satu bangunan, saling menguatkan antara satu sama lain" (Bukhari dan Muslim)
Bila da jadi senior, adik2 panggil kami abang kakak, rasa heaven la bagi mereka yang anak tunggal tu,
potong di dewan makan tu perkara azali, kami duduk satu baris, dari form 1 sampai form 5,
suruh adik2 gosok baju seluar steamkn katil, mcm norma kehidupan dah, nak study punya alasan,
turun subuh? makin lama makin liat, tapi kami turun juga, sebab warden cek nama ikut dorm,
lepak kat surau sampai lewat malam, kena hambat dengan warden, br terhegeh2 nak lari,
sebab surau tu selalu sunyi, kami yakin boleh guna untuk study, dapat tahajjud malam2, dapat barakah Ilahi...
Masih ingat lagi tak kita? bilik study kesayangan kita, siap boleh main bola lagi tu,
boleh buat guru muda, bio, chemistry, maths, sejarah, sume pun boleh,
pernah sekali buat video utk hari guru, sape lah yang berlakonnye kan?
juga boleh buat tido, ramai2 tido bawah kipas, perghhhh masyuk2, dah la penat study,
bukan setakat study, siap ade peti ais lagi tu, betul2 multipurpose kan?
itulah dia, apa yang Allah firman, "Nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" (ar-rahman)
Waktu kat sekolah, ramai kawan2 berbakat, main basketball, main rugby,
selalunye dua ni yang top, dapat pergi kebangsaan sokmo,
aku ni bukanlah athletic sangat, tapi bangga ada kawan2 yg dapat harumkan nama sekolah, ke persada antarabangsa,
bukan tu je, ade lagi yg pandai2 akademik, wakil sekolah pergi olimpiad la, kuiz itu la, ini la,
aku kagum sangat2 dengan kehebatan kawan2 aku ni, masing2 ade kelebihan tersendiri,
walaupon kekadang dorg tak ajk turun riadah, aku tak kesah, berlapang dada itu salah satu adab bersaudara,
serious, aku bangga ada kawan2 mcm anda2 semua ni, bukan senang nak dapat tau,
few in a million, nnti kita masuk syurga sama2 eh, friends forever until jannah, marilah jadi orang yang mengasihi antara satu sama lain kerana Allah... Saya tak lupa, kisah2 hitam ketika waktu form 5, kami semua bukannya rajin2 pandai2 sumenye,
cikgu siap ade pandang slack lagi, kami kena marah, kami kena halau kelas, berjemur tengah padang lagi tu,
tapi ade juga cikgu yang terima kami seadanya, bagi kami tidur dalam kelas, bagi kami gula2 supaya tak ngantuk, buat study group utk kami lagi, mentor dengan 4 mentee, saya dapat 4 mentee perempuan, saya laki, fuiyoooo,
habis pmr, kami conquer dewan, belajar lah ramai2, dah la ade aircond, berlumba2 datang awal, amik port baik punya sebelah aircond, pergh, masyuk bhaiii,
kami approach cikgu kalau tak faham, cuba perah semua ilmu cikgu2 tu,
sebab kami tau, guru itu ibarat lilin yang menerangi jalan, juga 1000 buah buku...
time nak exam, kami mintak maaf ramai2 kat cikgu, banyak air mata yg bergelen2 mencurah2 ke ladang gandum,
kami tak kisah, kami tak malu, biar lepas sume ke tanah, asalkan kami dapat barakah Allah dan juga restu cikgu2,
kami masuk dewan dengan penuh berdebar2, ada yang demam, demam exam la katekan,
paper chemistry buat kemerdekaan bg mereka yang tak ambil tasawwur, jeles pun ade, tapi 2 hari je,
teringat lagi, kali2 terakhir aku memandang pintu gerbang semashur yg dibina, tak sangka, mengalir juga air mata dalam diam, kudoakan agar kawan2ku, sentiasa mekar walau di mana mereka berada,
kerana aku mahu imanku sempurna pabila aku menyayangi kalian spt menyayangi diri sendiri...
7 comments:
rinduyaaaaaa~ :')
Rindu gilaaaaa weh :\
Terharu, sebak pulak :) Sedar tak sedar, junior yg paling muda dgn kita pun, nak habis sekolah dah.
Dah lama sangat, semoga persahabatan kita kekal sampai bila2.
Huarghhh! Rindunya wehhh dekat korang :'(
jomlah buat reunion guys... ;)
Aiseh man sebak sehh bacee
Setelah 12 tahun. Hari ini baru aku rasa nak timbul semula ke permukaan setelah lama aku menyelam. Aku ada stalk juga wall FB korang tapi aku tak jumpa cebisan kenangan atau gambar aku yang lama-lama bersama korang. Dalam blog ini baru aku jumpa bukti aku anak semashur. Boleh lah tunjuk dekat anak cucu nanti ��.
Feel free to keep in touch later. Add me on my facebook/IG zulfadhli talib
Sincerely,
Bot!
Post a Comment