Wednesday, January 28, 2009

DUIT?




Assalamualaikum. apa khabar semua? Ana harap, semuanya sihat belaka. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi, kita masih lagi dapat hirup udara segar kat dunia Allah ni. Cuba kita lihat, bagaimana saudara mara kita yang kini sedang menderita dekat Palestin sana, bersyukur lah wahai umat islam di Malaysia!

Tapi, sebenarnya, ana nak bagi sedikit tips la nak berjaya. mungkin, kita semua dah tahu, tapi, apa salahnya ana mengingatkan antum semua. kita manusia selalu lupa, jadi ana nak ingatkan la bagi sesiapa yang dah terlupa.

DUIT? Apa kena tiba tiba cakap pasal duit ni? DUIT= Doa Usaha Istiqmah Tawakal.
Kalau kita nak berjaya, mesti kita doakan? Doa supaya Allah bantu kita, bagi kita kejayaan dan macam macam lagi. tapi, apa guna doa tanpa usaha? jadi ingat, kita kena sentiasa berusaha. Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya buka kota konstantinopel atau dikenali sebagai istanbul sekarang ni, walaupun telah diberitahu oleh Syeikh Syamsudin Al-Wali bahawa Islam akan berjaya pada hari ke 53 mereka berperang pada jam 11 pagi, Sultan Muhammad terus berusaha untuk tawan. Bukannya beliau duduk goyang kaki je. Jadi, kita kena ingat, sebagai umat Islam, kita kena sentiasa berusaha.

Tapi, jangan lupa! Kita kena teruskan usaha kita ataupun istiqamah. Usaha tak bermaksud sekali je, tapi, kita kena ingat, usaha kita kena kekal, tak pun, kita lipat gandakan usaha kita.
Terakhir, kita kenalah bertawakal. Setelah penat doa, usaha dan istiqamah, tawakallah kalian.

Ingat, kalau kita tak jumpa kejayaan, sabar. itu semua ujian Allah. paling kurang pun, mesti sepanjang kita buat DUIT tu, ada benda yang tak kena. Jadi, renung renungkan dan selamat beramal!!

- Salam Alaik-

No comments: