Thursday, January 29, 2009

Sultan Muhammad Al-Fateh

Assalamualaikum. Ha, itu lah dia, gambar ilusi Sultan Muhammad Al-Fateh. Siapa kenal Sultan Muhammad Al-Fateh? ahha. Sultan Muhammad ni merupakan anak kepada Sultan Murad di mana beliau telah berjaya membuka kota konstantinopel. Konstantinopel kini digelar Istanbul di Turki. Beliau lahir ketika zaman Turki Usmaniyah.

Masa kecil, Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan seorang anak yang degil. Setelah di pukul oleh seorang ulama' dan beliau pun mengadu pada ibu dan bapanya. Namun, aduan beliau tidak dilayan. Sultan Muhammad sedar dan sejak itu, beliau sangat komited dalam mempelajari ilmu.

Pada umur beliau 16 tahun, beliau sudah mula memerintah kerajaan Turki Usmaniyah ketika bapanya sedang berehat. Beliau memerintah dengan penuh adil walaupun umurnya baru saja setahun jagung. Walaupun umur beliau baru sahaja 16 tahun, namun beliau tidak terpengaruh dengan hasutan oleh maharaja Konstantine yang cuba menjatuhkan kerajaan Turki Usmaniyah.

Pada umurnya 19 tahun, Sultan Murad mangkat dan tempatnya digantikan oleh Sultan Muhammad. Dengan persediaan yang amat mantap, beliau menyerang Kota Konstantinopel. Dengan membawa tentera seramai 250,000 orang, beliau pun bergerak. Kota Kontantinopel begitu sukar untuk dikalahkan. Lebih-lebih lagi, bila Maharaja Konstantine meminta bantuan dari tentera Genoa yang di pimpin oleh Giustinani.

Ketika tentera islam hampir kalah, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mendapat hidayah daripada Allah. Hidayah tersebut merupakan dengan cara mengangkat 70 kapal perang melalui jalan bukit bukau. Alhamdulillah, dengan bantuan Allah, mereka berjaya. Pada hari ke 53 mereka bertempur, islam telah berjaya menawan kota Konstantinopel. Setelah Maharaja Konstantine dan Panglima Ardogan berjaya dikalahkan oleh islam, kota Konstantinopel berjaya di tawan.

Sultan Muhammad Al-Fateh meninggal ketika berusia 49 tahun dan mempunyai seorang anak bernama Beyazid dan juga seorang isteri. Al-Fatihah.

No comments: